Senin, 11 Februari 2013

memikat wanita



Bersama dengan seseorang yang anda sayang akan memberikan anda kekuatan dan inspirasi untuk melakukan yang terbaik dalam sesuatu perkara. Walaubagaimanapun, yang menjadi masalahnya sekarang ialah ramai lelaki di luar sana tidak tahu bagaimana untuk memikat gadis yang mereka suka.
Kebanyakan kita merasakan bahawa menunggu cinta sejati datang sendiri adalah satu cara yang betul tetapi secara logiknya ia adalah sebaliknya. Jika anda mahu mencari pasangan idaman anda, anda harus berusaha mendapatkannya. Baiklah, disini disediakan beberapa tips berguna untuk memikat si dia. Sentiasalah sematkan tips-tips ini di minda anda ok.

1. Yakin pada diri sendiri. Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan.
2. Belajar untuk senyum apabila berinteraksi dengan wanita idaman anda. Ini merupakan cara paling mudah untuk seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan senyuman dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang lain. Ia bukannya hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah mampu juga untuk memberikan keyakinan kepada orang lain.
3. Jadilah diri anda yang sebenar. Jangan berpura-pura menjadi orang lain. Anda hanya perlu menunjukkan kualiti terbaik yang anda ada kepada si dia. Jika anda pandai berjenaka, gunakannya. Jika anda bagus dalam memberi pujian, sampaikannya.
4. Sentiasalah kelihatan menarik. Percayalah bahawa penampilan yang baik akan membuatkan wanita idaman anda jatuh hati kepada anda untuk kali pertama. Penampilan memang bukan yang utama, tetapi cara memikat wanita idaman anda kunci pertamanya adalah penampilan. Penampilan yang kemas, baik dan sopan setiap saat harus anda jaga dan tidak hanya ketika anda bertemu dengannya.
5. Fahami bahasa badan (body language) si dia. Anda perlu faham isyarat yang dihantar. Ini memang agak sukar kerana tidak semua wanita menggunakan bahasa badan yang sama, ia boleh disalahertikan. Untuk itu, anda perlu perhatikan untuk seketika sebelum mendekatinya.
6. Bunga dan coklat adalah hadiah yang cukup manis, tetapi diakui bahawa ia sudah agak membosankan dan terlalu biasa. Hadiahkan wanita idaman anda sesuatu yang original, sesuatu yang si dia akan benar-benar menghargai, sesuatu yang  akan memberitahu si dia anda sentiasa mengingatinya. Anda mungkin perlu lakukan sedikit kajian dengan bantuan rakan-rakannya untuk mencari barang yang disukainya.
7. Kawal keadaan – Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya.

8. Bijak meredakan ketegangan – Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.
9. Selamba dan selesa – Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Biarkan wanita yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak bagus sekali.
10.  Jangan gopoh - Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok.
11. Jangan hanya banyak bercakap tentang diri anda sahaja dan jangan berbicara perkara yang menunjukkan kelemahan diri. Perbualan yang bermakna adalah komunikasi dua hala. Beri perhatian sepenuhnya dan anggap hanya anda berdua yang berada disitu.
12. Belajar dari kesilapan yang lepas dan jangan ulanginya lagi.
13. Sentiasa kerap menyebut nama si dia semasa berbual.
14. Belajar memikat daripada filem/movie. Kadangkala filem juga boleh menjadi sumber inspirasi untuk anda dapatkan panduan memikat atau cara mengorat yang terkini dan pelbagai. Banyak idea berkesan yang anda boleh perolehi daripada filem seperti Hitch. Mungkin anda boleh variasikan beberapa teknik yang ada.
15. Gunakan minyak wangi / perfume untuk memikat. Selain panduan memikat diatas, menggunakan perfume seperti pheromone juga sangat disarankan. Pheromone adalah hormon yang dapat memikat manusia. Manusia terpikat antara satu dengan lain bergantung pada faktor hormon. Jika anda punyai aura aroma hormon yang unik, anda pasti dapat membuat sesiapa sahaja jatuh cinta pada anda. Gunakan kuasa hormon ini untuk memikat wanita yang anda cintai. Semua wanita akan cair dengan bau anda!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar