Senin, 11 Februari 2013

Bagaimana lelaki memikat wanita

Bagaimana lelaki memikat wanita


Salam
Hi korang semua. Apa khabar hari ni? Almaklumlah..semalam  da sibuk dok pulun makan makanan sempena raya haji. Ada yang sampai kena cirit birit akibat mencuba banyak makanan. Opsss..sape kah itu? Ehehe..sape makan daging korban banyak, dia akan kenyang. Ehehe. Oklah, jika sebelum ni chii berkongsi tentang bagaimana wanita memikat lelaki, ramai juga yang kasi respon. Kali ni chii berkongsi tentang bagaimana lelaki memikat wanita pula. Inilah yang sepatutnya berlaku kan…hehehe
Tapi di zaman sekarang ni, tak mustahil kalau wanita nak mulakan langkah dulu. Almaklumlah, lelaki sekarang ni ramai juga yang sangat pemalu. Last2, semuanya terlepas pada orang lain. Dan ada satu kisah yang ingin chii kongsikan bersama. Dapat dari email juga. Tapi bukan sekarang, insya Allah selepas ini ya.
Dipetik daripada buku “SOAL JAWAB PRA PERKAHWINAN” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd
Terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan akan ada gadis yang  terpikat atau tertarik padanya.
Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan me-lakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya.
Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup.
Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspada lah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.
//…nota tambahan :- ada juga sesetengah lelaki yang agak pemalu untuk memikat wanita secara terbuka, beliau hanya mampu memberi hint dengan harapan wanita akan perasan. Kalo dapat yang kayu…memang susah la nak kesan kan. agagagaa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar